Ac!QaK!rA
Thursday, September 15, 2011
::.keciwa lagi.::
aku redha dengan ketentuan ini..mungkin dia bukan yg terbaik buatku..aku yakin semua ini ade hikmat nya, dan Allah menyediakan yg lebih baik utk ku..cuma aku perlu tabah menghadapi semua ni..harap aku kuat dan tidak mudah lemah dgn ujian ke atas ku..tapi mcm mn utk aku menghadapi dia..Ya Allah kuatkan lah iman ku.. Sunyi mmg sunyi..aku perlu membiasakan diri dgn semua itu lagi..lagi..??tidak ku fikirkan aku akan bersendiri lagi..kemanisan cinta hanya sekejap saje dpt ku rasai..tp apakan daya, kalau dipaksa bercinta,tp hati tidak tenang..aku yakin,ini adalah keputusan terbaik yg ku buat..Ya Allah relakan lah hatiku utk melepaskannya..aku yakin akan ada insan lain yang layak utk bertakhta di hati ku ini..harap aku akan menemuinya suatu hari nanti..amin..
Thursday, June 23, 2011
::.lagi.::
mengapa asyik jadi begini..aku hanya memerlukan perhatian darimuuu..tidakkah engkau memahami erti kerinduan ini..tidak logik sguh alasan yg diberikan..huhu sabar jer lah..ku hanya berserah..jika dia betul2 yakin dengan perasaan nya terhadapku, dia akan cuba atasinya..tp aku harap dia dapat memahami apa yang aku harapkan..aku juga perlu fikirkan diriku..jika memang aku akan hidup dengannya tanpa ada rasa kecil hati..memendam rasa..dia perlu fikirkan semua itu....aku hanya harapkan dia betul2 sayangkan ku, merasai kehadiran ku dalam hidupnya tanpa membelakangi aku dan akan menyisihkanku suatu hari nanti..
Thursday, June 16, 2011
ku merinduimu...
mengapa kau berdiam diri..hubungi lah aku..alasan ku di atas perselisihan ini hanya kerana aku sgt merinduimu..perlukan perhatianmu..fahamilah aku..adakah engkau tidak merasai kerinduan ini..takkan engkau begitu senang untuk engkau melupakan semuanya..kenangan kita bersama..
Friday, June 10, 2011
::sayang::
Sayang..Apakah Maksud Sayang? Adakah dengan sayang kita boleh Hidup Bahagia? Antara CINTA & Sayang mane yang akan kekal? Bagaimana hanya sayang tp tanpa CINTA? Bolehkah perkahwinan tanpa cinta dan sayang boleh kekal ke akhirnya..bagaimana pula tujuan utama perkahwinan tanpa ada rasa cinta dan sayang..??? suka..gembira bersama, adakah boleh menjadi tunjang yang kuat kepada kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga..???
Tanpa cinta dan sayang dalam sesebuah perkahwinan bagi saya >>
# pasangan akan sukar utk menerima kelemahan pasangannya..
# pasangan akan mudah utk memutuskan hubungan yang terjalin..
# sukar berkorban utk pasangannya..lebih mudah dikatakan tidak ikhlas dlm segala hal yang dilakukan utk pasangannya..
# tiada perasaan yang khusus atau layanan yg mesra terhadap pasangannya..
# tiada keutamaan terhadap pasangannya..
*Oleh itu apa gunanya perkahwinan...???jika tiada cinta dan sayang..kelak pasangannya sendiri akan merana..tiada siapa akan memilih perkahwinan tanpa cinta dan sayang..melainkan perasaan tersebut lahir selepas akad nikah..itu jika ia benar-benar terjadi..so..perkahwinan bukan perkara yang main-main..dalami maksud perkahwinan sebelum melangkaui ke alam itu...
Sunday, May 22, 2011
- kU bAhAgiA -
Setelah sekian lama aku tidak melawati blog ini..hu3 rindu rasenyer..maklumlah dulu blog ini tmpat mcurahkan rase sunyi..kini..he3 aku tak sangka sebahagian drp impian ku harapkan selama ini menjadi kenyataan..mgkin dia mmg ditakdirkan untukku..aku amat bahagia skrg..wpun rase nyer perkenalan ini terlalu singkat tp aku rase cukup mengenalinyer..maklumlah dari dulu lg aku sukakan dia..mgkin cume dia yang masih belum terase sume ini..TAHUN DEPAN..?? ermmm sudah bersediakah aku?? ermm..tp setiap hari aku rase aku semakin dekat dgn dia..semakin sayang pd dia..ape2 pn aku hanya mmpu berserah..he3 jgn lupa aku belum melaksanakan tips ke 10 itu...solat ishtikarah n tawakal..rajin2 lah utk menunaikannya..
Sunday, February 20, 2011
d!a m!L!kkU???
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Sunday, January 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

